Skip to main content
16 June, 2025

Synchronetwork & UPM Dimeterai Perjanjian MOA untuk Kerjasama Strategik

16 June, 2025

Synchronetwork telah memeterai Memorandum of Agreement (MOA) bersama pihak Universiti Putra Malaysia (UPM), sebagai langkah memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara industri dan akademia.


Majlis Menandatangani MOA

Majlis dimulakan dengan sesi rasmi menandatangani perjanjian, disusuli pertukaran dokumen antara kedua-dua pihak. Majlis ini turut diserikan dengan sesi perbincangan strategik, membuka ruang kolaborasi yang lebih luas dalam pelbagai bidang pada masa hadapan.

 


Fokus Kerjasama

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada:

  • Pemindahan teknologi dan kepakaran

  • Pembangunan penyelesaian digital inovatif

  • Sokongan kepada inisiatif penyelidikan & pembangunan (R&D)

  • Inisiatif berimpak tinggi kepada industri & masyarakat


Harapan Masa Hadapan

Synchronetwork percaya bahawa kerjasama ini bakal memberi impak positif kepada perkembangan teknologi dan inovasi yang lebih mampan serta bermanfaat kepada komuniti.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UPM atas kepercayaan dan sokongan dalam merealisasikan jalinan strategik ini.