Skip to main content
02 February, 2021

Cara Hantar Sampel ke Makmal (Mudah & Selamat)

02 February, 2021

Menghantar sampel ke makmal kelihatan mudah, tetapi jika tidak dilakukan dengan betul, boleh menyebabkan keputusan ujian tidak tepat. Berikut adalah panduan asas sebelum penghantaran:

Checklist penting:

  • Label yang Jelas – Nama sampel, jenis bahan, dan tarikh diambil.

  • Bekas Sesuai – Gunakan bekas tahan bocor, tiada pencemaran silang.

  • Suhu Penyimpanan – Simpan mengikut keperluan, seperti suhu sejuk bagi sampel biologi.

  • Kurier Profesional – Pilih servis yang biasa urus penghantaran bahan makmal.

Dengan Carilab, anda bukan sahaja boleh menempah ujian, malah boleh urus penghantaran secara terus dalam platform. Mudah dan menjimatkan masa.